|
POP
17
|
Konsert Akademi Fantasia 8 @ Dewan Sri Putra, Bukit Jalil, Kuala Lumpurposted by 671123
|
Setelah tujuh musim menjadi program realiti nombor satu negara, Akademi Fantasia sekali lagi menemui penonton untuk musim yang kelapan. Sinonim dengan pelbagai kejutan, AF8 menjanjikan hiburan menarik untuk seisi keluarga melalui saluran Astro Ria.
Norman KRU; diumumkan sebagai pengetua AF8 sekaligus telah menamatkan pelbagai spekulasi dan teka-teki orang ramai tentang siapakah yang bakal menerajui akademi pada tahun ini. Program ini juga turut membawa kembali barisan pengajar yang pernah berjuang untuk AF seperti Siti Hajar (Guru Vokal Teknikal), Linda Jasmine (guru tari), Adnan Abu Hassan (Guru Vokal Persembahan) dan Fatimah Abu Bakar (Kaunselor dan Guru Bahasa Inggeris) di samping pelakon berbakat yang tidak asing lagi; Que Haidar (Jurulatih Drama).
Selain daripada pengumuman peneraju akademi, Akademi Fantasia juga amat berbesar hati untuk mengumumkan wajah eksklusif Astro; Sarimah Ibrahim yang akan berpasangan dengan seorang lagi pengacara hebat kelahiran Astro sendiri iaitu Jimmy Shanley. Gandingan dua pengacara hebat ini bakal disatukan buat pertama kalinya di pentas mingguan Konsert Akademi Fantasia musim kelapan.
Pada musim kelapan ini, para penonton dan peminat AF umumnya diberi lebih masa dan peluang untuk menilai prestasi persembahan peserta kegemaran masing-masing sebelum menghantar undi apabila keputusan penyingkiran akan hanya dilakukan pada hari Ahad melalui program siaran langsung Debaran AF.
Konsert mingguan AF8 akan dibawakan secara langsung pada setiap hari Sabtu (bermula 20 Mac 2010), jam 9.00 malam manakala Debaran Akademi Fantasia pada setiap hari Ahad (bermula 21 Mac 2010), jam 9.00 malam dari Dewan Sri Putra, Bukit Jalil melalui saluran rasmi Astro RIA (saluran 104).
| Date / Time | 20 March 2010 (Sat) – 14 May 2010 (Fri) 9.00pm-10.30pm |
| Location | Dewan Sri Putra, Bukit Jalil, Kuala Lumpur |
| Fee | RM20 |
| Website | www.astro.com.my |
| Contact No. | 03 7711 5000 |
| Category | Arts, Culture & Entertainment |

