|
POP
4
|
KONSERT AKHIR AKADEMI FANTASIA 7 @ Putra Stadium Bukit Jalil, Bukit Jalil, Kuala Lumpurposted by tq2me
|
Setelah enam minggu bersiaran, program realiti nombor satu negara; Akademi Fantasia 7 kini semakin hampir ke penghujungnya. Sinonim dengan pelbagai kejutan, AF7 menjanjikan hiburan menarik untuk seisi keluarga.
Melalui senarai tenaga pengajar yang diketuai oleh Datin Seri Tiara Jacquelina yang mencipta sejarah baru dalam AF7 apabila menjadi wanita pertama dilantik sebagai pengetua, barisan tenaga pengajar yang berkhidmat seperti Syafizawati Sharif atau lebih dikenali sebagai Cikgu Syafi berkhidmat sebagai guru vokal teknikal, Siti Hajar berkongsi ilmunya dengan para pelajar selaku guru vokal persembahan dan Fatimah Abu Bakar berkhidmat sebagai guru motivasi dan Bahasa Inggeris.
Keluarga Akademi Fantasia pada musim ketujuh ini juga disertai oleh tiga tenaga pengajar baru seperti Ida Nerina yang berkhidmat sebagai guru lakonan dan Hashridz Murshim atau lebih dikenali sebagai Acis selaku pengarah muzik. Buat julung-julung kalinya, Akademi Fantasia memperkenalkan A.Aris Kadir yang berkhidmat selaku guru tarian dan pereka tari untuk musim ketujuh ini. Mereka semua menjanjikan persembahan yang terbaik daripada pelajar-pelajar mereka yang berjaya sampai ke peringkat akhir.
Konsert akhir AF7 akan dibawakan secara langsung pada hari Sabtu, 16 Mei 2009, jam 9.00 malam dari Stadium Putra, Bukit Jalil dan melalui saluran rasmi Astro RIA (saluran 104).
| Date / Time | i.Saturday ii.Timetable 1.Door open : 8.00 pm 2.Seat before : 8.20 pm 3.Concert Start : 9.00 pm |
| Location | Putra Stadium Bukit Jalil, Bukit Jalil, Kuala Lumpur, Malaysia
Stadium Putra, Bukit Jalil |
| Organiser | Astro Malaysia |
| Fee | CATEGORY TICKET PRICE REMARKS
-Arena RM 50.00 Numbered Seating -Upper Tier RM 10.00 Free Seating |
| Website | www.astro.com.my |
| Contact No. | 603-7711 5000 |
| Category | Arts, Culture & Entertainment |

