|
POP
22
|
Konsert Melodi Cinta Rossa @ Putra Stadium Bukit Jalil, Bukit Jalil, Kuala Lumpurposted by 671123
|
“MELODI CINTA” Rossa bakal dipentaskan di Stadium Putra Bukit Jalil pada tanggal 29 mei 2010. Konsert istimewa ini dibawakan oleh limaduabelas Musik dan Marctensia.
Setelah sukses dengan Konsert Persembahan Cinta Rossa di Jakarta, Surabaya, Bandung dan Konsert Cerita Cinta Rossa dibeberapa buah bandar di Indonesia seperti Jogkarta, Lampung, Palembang, Jambi, Padang, Pekan Baru dan Medan, Limaduabelas Musik dan Marstensia yakin bahawa “Melodi Cinta” bakal menempah kejayaan luar biasa dan dapat memenuhi segala impian Rossa buat peminatnya di Malaysia.
Perancangan untuk mengadakan konsert Rossa ini mula dirancang sejak kejayaan konsert Rossa di Jakarta Convention Centre (JCC) pada tanggal 28 November 2008. Kejayaan konsert ini amat luar biasa dan mendapat pujian seluruh penggemar Rossa di Indonesia. Dari situlah Rossa mula mengatur untuk mengadakan sebuah konsert besar beliau di Kuala Lumpur.
Perancangan untuk mengadakan konsert Rossa ini mula dirancang sejak kejayaan konsert Rossa di Jakarta Convention Centre (JCC) pada tanggal 28 November 2008. Kejayaan konsert ini amat luar biasa dan mendapat pujian seluruh penggemar Rossa di Indonesia. Dari situlah Rossa mula mengatur untuk mengadakan sebuah konsert besar beliau di Kuala Lumpur.
Melodi Cinta Rossa akan dipimpin oleh pengarah muzik terkenal Indonesia iaitu Yovie Widianto bersama 30 orang pemuzik latar secara orchestra. Manakala Jay Soebiyakto pula bertindak sebagai Pengarah Persembahan. Melodi Cinta Rossa juga menampilkan dua buah band paling popular Indonesia dan Malaysia iaitu Ungu dan ST12.
Jangan terlepas peluang menyaksikan Melodi Cinta Rossa kerana pastinya Rossa akan menyanyikan lagu-lagu hit beliau seperti Ayat Ayat Cinta, Pudar, Terlalu Cinta, Atas Nama Cinta, Nada Nada Cinta, Tegar, Terlanjur Cinta (duet dengan Pasha Ungu) dan banyak lagi. Konsert ini akan berlangsung selama dua jam dengan alunan 18 buah lagu-lagu popular Rossa.
Rossa melahirkan rasa bangganya dan amat teruja untuk menjayakan konsert pertamanya di Kuala Lumpur nanti, inilah impiannya selama ini bila lagu-lagunya terus menjadi kegemaran penggemarnya di Malaysia. Beliau juga rasa terharu dengan sambutan peminat industri hiburan Malaysia dengan kehadirannya dan beliau berjanji “Melodi Cinta” adalah hadiah teristimewa Rossa buat peluruh peminatnya di Malaysia.
| Date / Time | 8.00pm |
| Location | Putra Stadium Bukit Jalil, Bukit Jalil, Kuala Lumpur, Malaysia |
| Fee | RM353, RM303, RM253, RM203, RM153, RM103, RM53 |
| Website | www.axcess.com.my |
| Contact No. | 03 7711 5000 |
| Category | Competition |

